1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai Daftar Perniagaan dalam bidang berkaitan atau pun berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah sub kepala 080600 dan atau 080602 untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun mulai 1 Disember 2022 hingga 30 November 2024.
2. Pengusaha yang layak dan berminat bolehlah mendapatkan dokumen sebutharga di pejabat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra mulai 17 Oktober 2022 hingga 28 Oktober 2022 pada waktu pejabat. Berikut adalah anggaran warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra pelajar, guru dan staf ialah 615 orang.
3. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan dihantar atau dimasukkan dalam peti sebutharga yang disediakan sebelum 12.00 tengahari pada 1 November 2022 kepada:
Pengetua
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Jalan Padang Behor,Behor Pulai,
01000 Kangar,
Perlis.
4. Pihak sekolah tidak akan bertanggungawab ke atas kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang dikemukakan melalui pos.
5. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.