Monday 17 October 2022

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

 1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai Daftar Perniagaan dalam bidang berkaitan atau pun berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah sub kepala 080600  dan  atau 080602 untuk  mengendalikan  kantin  sekolah ini  bagi tempoh  dua tahun mulai 1 Disember 2022  hingga  30 November 2024.                                                                                                                                                                 

2. Pengusaha yang layak dan berminat bolehlah mendapatkan dokumen sebutharga di pejabat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra mulai 17 Oktober 2022 hingga 28 Oktober 2022 pada waktu pejabat. Berikut adalah anggaran warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra pelajar, guru dan staf ialah 615 orang.

3. Dokumen   sebutharga yang telah dilengkapi hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan dihantar atau dimasukkan dalam peti sebutharga yang disediakan sebelum 12.00 tengahari  pada 1 November 2022 kepada:


Pengetua

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

Jalan Padang Behor,Behor Pulai,

01000 Kangar,

        Perlis.



4. Pihak sekolah tidak akan bertanggungawab ke atas kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang dikemukakan melalui pos.



5. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.


Monday 19 September 2022

NOTIS PEMBERITAHUAN

 

PEROLEHAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH

DI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

(KERJA-KERJA UNDI BIL 01/2022)

 

Cabutan kerja-kerja undi akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

TARIKH                         -        20 SEPTEMBER 2022

HARI                             -        SELASA

MASA                           -        10.00 PAGI – 11.00 PAGI

TEMPAT                        -        BILIK MESYUARAT SMSTSP

DISIARKAN SECARA    -        SMSTSP OFFICIAL

LIVE DI YOUTUBE                               

https://www.youtube.com/channel/UCbV8_SiZz2CGwRXO5kbaZ4Q/featured

Semakan syarikat yang layak untuk semakan klik disini




Sunday 11 September 2022


 

🌻Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌻
*TAYANGAN PERDANA VIDEO MAT KILAU SM SAINS TUANKU SYED PUTRA* pada
🗓️ *9 September 2022 (Jumaat)*
⏰ *8.00 pagi*
🔴[Set as Premiere] di pautan berikut ⏬⏬⏬
Jangan lupa tekan butang “notify me” untuk kita tonton bersama2 esok pagi.
View anda membantu kepada markah pertandingan Video Babak Mat Kilau sempena Bulan Kemerdekaan anjuran SSTP, JPN Perlis.
Yg paling PENTING adalah JUMLAH JAM TONTONAN TUH! KENA TONTON VIDEO SAMPAI HABIS OKEH! 💪🏻💪🏻💪🏻🤜🏻🤛🏻

TENDER TERBUKA

 


SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

 

NOTIS PENDAFTARAN SYARIKAT

 

1.       Kerja Undi adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berpengalaman, berkeupayaan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G1 Kategori  Kod Bidang B04, B24 dan CE21 beralamat di Perlis dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya (sehingga 31 Disember 2022) adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran.

 

2.       Syarat-syarat kelayakan Pendaftaran Kontraktor:-

a.)     Kontraktor hendaklah membawa sijil-sijil ASAL dan 1 salinan sijil-sijil berikut yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Pengurusan dan Profesional) semasa pendaftaran kontraktor :-

·         Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK)

·         Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

·         Sijil Pendaftaran dari CIDB Gred G1 Kategori Kod Bidang B04, B24 dan CE21

·         Salinan Penyata Bank bagi 3 bulan Terakhir (MEI, JUN, JULAI)

·         Salinan Profil Syarikat.

 

3.       Kontraktor yang berminat dan berkelayakan adalah dijemput untuk membuat pendaftaran di alamat berikut:-

Kuanter Pejabat

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

                Jalan Padang Behor, Behor Pulai,

                01000 Kangar Perlis.

 

4.       Pihak Kontraktor boleh membuat pendaftaran seperti ketetapan berikut:-

TARIKH

MASA

13 (SELASA) SEPTRMBER 2022

8.00AM SEHINGGA 4.30PM

14 (RABU) SEPTEMBER 2022

8.00AM SEHINGGA 4.30PM

15 (KHAMIS) SEPTEMBER 2022

8.00AM SEHINGGA 12.30PM

 

 

 

Sunday 31 July 2022

Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kali ke 43 tahun 2022

 Sekitar Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kali ke 43 tahun 2022 pada 30 Julai 2022..Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua Ibu Bapa diatas kehadiran yang sangat memuaskan…Semoga apa yang dirancang utk anak-anak SMSTSP dipermudahkan…Tahniah kepada semua yang terlibat dalam melancarkan mesyuarat PIBG tersebut..












esyuarat PIBG tersebut..

Friday 29 July 2022

TAWARAN TENDER SMSTSP

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

1.       Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman dan berkeupayaan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred dan kategori yang dinyatakan beralamat di Perlis dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk membuat tawaran harga bagi kerja-kerja berikut:

 

BIL

NO SEBUT HARGA

TAJUK

KOD BIDANG

KETERANGAN

1

SMSTSP

SH 04/2022

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DEWAN SERI PULAI DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

GRED G2 KATEGORI B04,B24 DAN CE21

LOKASI TAKLIMAT :

DEWAN SERI PULAI

MASA PENDAFTARAN :

9.00AM -9.30AM

TARIKH-

3 OGOS 2022 (RABU)

2

SMSTSP

SH 05/2022

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PREMIX DAN DATARAN  DI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

GRED G2 KATEGORI

CE01

LOKASI TAKLIMAT :

DEWAN SERI PULAI

MASA PENDAFTARAN :

3.00PM – 3.30PM

TARIKH-

3 OGOS 2022 (RABU)

 

2.       Taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Tuan punya Syarikat DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen-dokumen asal pendaftaran syarikat ( Sijil CIDB,PKK dan Sijil SPKK) untuk mendapatkan sebut harga di atas.

 

3.       Dokumen tawaran sebut harga boleh didapati mulai hari Rabu 3 OGOS 2022 sehingga Jumaat 5 OGOS 2022 mulai 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari sahaja di Pejabat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Dokumen Sebut Harga adalah PERCUMA. Sila bawa USB Pendrive untuk tujuan memuat turun dokumen sebut harga.

 

4.       Cadangan Tawaran Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 OGOS 2022 (Rabu) Jam 12.00 tengah hari melalui kaedah berikut:

 

i)                     Serahan tangan dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri/bermetri dengan nombor sebut harga ditulis di penjuru kiri sebelah atas sampul dan dimasukan ke dalam tong sebut harga yang disediakan di Pejabat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di alamat:

 

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

JALAN PADANG BEHOR, BEHOR PULAI,

01000 KANGAR PERLIS.

 

Tawaran sebut harga yang lewat dikemukan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKA

Monday 19 August 2019

Sambutan Awal Hari Kemerdekaan

Tarikh : Isnin, 19 Ogos 2019
Masa : 730-830 pg
Dikelolakan oleh : Jabatan Kemanusiaan