Sunday 31 July 2022

Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kali ke 43 tahun 2022

 Sekitar Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kali ke 43 tahun 2022 pada 30 Julai 2022..Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua Ibu Bapa diatas kehadiran yang sangat memuaskan…Semoga apa yang dirancang utk anak-anak SMSTSP dipermudahkan…Tahniah kepada semua yang terlibat dalam melancarkan mesyuarat PIBG tersebut..












esyuarat PIBG tersebut..

Friday 29 July 2022

TAWARAN TENDER SMSTSP

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

1.       Tawaran adalah terbuka kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman dan berkeupayaan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred dan kategori yang dinyatakan beralamat di Perlis dengan pendaftaran masih sah laku tempohnya adalah dipelawa untuk membuat tawaran harga bagi kerja-kerja berikut:

 

BIL

NO SEBUT HARGA

TAJUK

KOD BIDANG

KETERANGAN

1

SMSTSP

SH 04/2022

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DEWAN SERI PULAI DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

GRED G2 KATEGORI B04,B24 DAN CE21

LOKASI TAKLIMAT :

DEWAN SERI PULAI

MASA PENDAFTARAN :

9.00AM -9.30AM

TARIKH-

3 OGOS 2022 (RABU)

2

SMSTSP

SH 05/2022

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PREMIX DAN DATARAN  DI SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

GRED G2 KATEGORI

CE01

LOKASI TAKLIMAT :

DEWAN SERI PULAI

MASA PENDAFTARAN :

3.00PM – 3.30PM

TARIKH-

3 OGOS 2022 (RABU)

 

2.       Taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Tuan punya Syarikat DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen-dokumen asal pendaftaran syarikat ( Sijil CIDB,PKK dan Sijil SPKK) untuk mendapatkan sebut harga di atas.

 

3.       Dokumen tawaran sebut harga boleh didapati mulai hari Rabu 3 OGOS 2022 sehingga Jumaat 5 OGOS 2022 mulai 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari sahaja di Pejabat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Dokumen Sebut Harga adalah PERCUMA. Sila bawa USB Pendrive untuk tujuan memuat turun dokumen sebut harga.

 

4.       Cadangan Tawaran Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 OGOS 2022 (Rabu) Jam 12.00 tengah hari melalui kaedah berikut:

 

i)                     Serahan tangan dimasukkan di dalam sampul surat yang berlakri/bermetri dengan nombor sebut harga ditulis di penjuru kiri sebelah atas sampul dan dimasukan ke dalam tong sebut harga yang disediakan di Pejabat Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di alamat:

 

SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU SYED PUTRA

JALAN PADANG BEHOR, BEHOR PULAI,

01000 KANGAR PERLIS.

 

Tawaran sebut harga yang lewat dikemukan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKA