Sunday 21 January 2018

USUL/ CADANGAN KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-39



Kepada,
Ibu bapa/ Penjaga Murid,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar,
Perlis.

Melalui,
Pengetua,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar,
Perlis.

Tuan /Puan , 

USUL/ CADANGAN KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-39

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra akan mengadakan mesyuarat agung  kali ke-39 pada 14 Februari 2018. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memberi ruang kepada tuan/ puan untuk memberi usul / cadangan.
3. Bersama-sama  surat ini, dilampirkan borang usul / cadangan untuk tindakan  tuan / puan.
4. Usul tersebut hendaklah sampai kepada  Setiausaha PIBG @ guru kelas sebelum /pada 2 Februari 2018 dan pembawa usul hendaklah hadir pada hari mesyuarat agung.
5. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian , terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,

(NUR KHAIRUNNISA BT AZMI)
Setiausaha PIBG
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.
01000 Kangar
Perlis.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiausaha PIBG,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar,
Perlis. Tarikh :.............................

Tuan,

USUL/ CADANGAN BAGI MESYUARAT AGUNG KALI KE-39

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas saya mengesahkan ** akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -39 Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Usul yang ingin saya ketengahkan adalah seperti berikut:

Bil
Usul
Rasional
1







2







3








Sekian, terima kasih.
Yang benar,

 .............................................
(                                             )

** potong yang tidak berkenaan.

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA



Semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara tersebut di atas.
2.  Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG  kali ke-39 seperti berikut :
Tarikh : 14 Februari 2018 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Pulai, SMSTSP

3. Tuan/ Puan adalah dijemput hadir.
4.  Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan YDP PIBG ( Pengerusi Mesyuarat)
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG SMSTSP kali ke-38.
3. Membentang Laporan Kemajuan Tahunan PIBG SMSTSP sesi 2017/2018.
4. Membentang dan menerima Penyata Kira-kira  Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
5. Membahas usul/ cadangan daripada ahli-ahli dan AJK PIBG sesi 2017/2018.
6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2017/2018 dan memilih serta melantik AJK PIBG sesi  2018/2019
7. Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira.
8. Ucapan Penangguhan.

5. Kerjasama dan kehadiran  tuan /puan  amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian , terima kasih.