Wednesday 9 August 2017

SEJARAH SMSTSP

SEJARAH RINGKAS SEKOLAH:

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perlis,telah ditubuhkan pada tahun 1973.Pada peringkat awal penubuhannya,penuntut-penuntut sekolah ini seramai 109 orang menumpang belajar di Sekolah Menengah Derma dan menginap di Rumah Pengakap,di Sekolah Menengah Vokasional edan juga di asrama Sekolah Menengah Derma.
Bangunan Sekolah Menengah Sains Perlis(kini Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra) yang menelan belanja sebanyak 2.5 juta ringgit,mula dibina di satu kawasan tanah lembah seluas 30 hektar di Behor Pulai.Penuntut-penuntut yang bertaburan di merata tempat,mula berpindah ke bangunan baru pada 20 Mei 1974,Encik Abdul Rahim Bin Abdul Majid telah dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang pertama.
Detik bersejarah yang tercatat dalam diari sekolah yang sukar dilupai ialah pada hari Khamis,2 November 1978,D.Y.M.M. Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Raja Negeri Perlis telah menyempurnakan perasmian Sekolah Menengah Sains Perlis dengan memperkenankan nama baru sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,Kangar Perlis.
Mulai 2 Mei 1995,Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan nama rasmi sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

VISI DAN MISI

VISI


Menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia
yang terus cemerlang dan terbilang
menjelang tahun 2020.




MISI


Kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.Sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik.


Tuesday 8 August 2017