Sunday 21 January 2018

USUL/ CADANGAN KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-39



Kepada,
Ibu bapa/ Penjaga Murid,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar,
Perlis.

Melalui,
Pengetua,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar,
Perlis.

Tuan /Puan , 

USUL/ CADANGAN KE MESYUARAT AGUNG KALI KE-39

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra akan mengadakan mesyuarat agung  kali ke-39 pada 14 Februari 2018. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memberi ruang kepada tuan/ puan untuk memberi usul / cadangan.
3. Bersama-sama  surat ini, dilampirkan borang usul / cadangan untuk tindakan  tuan / puan.
4. Usul tersebut hendaklah sampai kepada  Setiausaha PIBG @ guru kelas sebelum /pada 2 Februari 2018 dan pembawa usul hendaklah hadir pada hari mesyuarat agung.
5. Kerjasama daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian , terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,

(NUR KHAIRUNNISA BT AZMI)
Setiausaha PIBG
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.
01000 Kangar
Perlis.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiausaha PIBG,
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar,
Perlis. Tarikh :.............................

Tuan,

USUL/ CADANGAN BAGI MESYUARAT AGUNG KALI KE-39

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas saya mengesahkan ** akan hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke -39 Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Usul yang ingin saya ketengahkan adalah seperti berikut:

Bil
Usul
Rasional
1







2







3








Sekian, terima kasih.
Yang benar,

 .............................................
(                                             )

** potong yang tidak berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.